Pinjaman Koperasi Malaysia

Pinjaman bank & koperasi dipermudah

Semak dan pilih pinjaman peribadi yang terbaik untuk anda Raya ini. Berkonsep Syariah.

Kadar dari serendah 2.69% atau secepat 2 hari bekerja
✓ Kakitangan Awam? Pasti

Dapatkan pinjaman dengan cepat, mudah dan selamat. Khas untuk penjawat awam
✓ Pinjaman peribadi? Selesai

Loan peribadi untuk apa jua tujuan-perniagaan, perumahan, pendidikan, perubatan
✓ Rekod kredit? Beres

Komitmen luar tinggi dan masalah rekod CCRIS dan CTOS layak memohon
Liputan media
Jaminan kami


CEPAT

Ketahui kelayakan segera. Terima pinjaman sepantas 2 hari bekerja**


MUDAH

Cari dan mohon pinjaman yang sesuai untuk anda, bila-bila masa, di mana jua


SELAMAT

Wakil pemasaran sah untuk bank & koperasi yang terkenal dan kukuh di Malaysia
Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan

Marilah kita membantu anda untuk menyesuaikan dengan pilihan pinjaman terbaik, unik kepada anda.
Syarat-syarat permohonan

• Warganegara Malaysia berumur 20 - 58 tahun

• Kakitangan Kerajaan Persekutuan (AG), Negeri, Badan Berkanun dan GLC yang terpilih

• Jawatan tetap dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan

• Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap

• Komitmen luar tinggi, senarai hitam atau CCRIS/CTOS juga layak mohon (untuk pinjaman koperasi terpilih)

• Tempoh pembiayaan dari 1 - 10 tahun
Rebat tunai eksklusif daripada Direct Lending
Untuk Pembiayaan Peribadi RCE Yayasan yang berkadar 7.99% dan ke-atas sahaja

RM1,500 (BARU!) ≥ RM40,000
RM500 RM1,000 RM30,000 – RM39,900
RM500 RM700 RM20,000 – RM29,900
RM250 RM500 RM15,000 – RM19,900
RM250 RM300 RM10,000 – RM14,900
RM100 RM150 RM5,000 – RM9,900
Soalan Lazim tentang Pinjaman Koperasi

Apakah itu Pinjaman Koperasi?

Pinjaman Koperasi adalah sejenis pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Lazimnya, pembayaran balik Pinjaman Koperasi dilakukan menerusi potongan gaji atau Biro ANGKASA. Kebanyakan Pinjaman Koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep Syariah.

Antara Pinjaman Koperasi di platfrom kami:

• Public Bank-MCCM Resources
• Ambank-MCCM Resources
• Co-op Bank Pertama
• Koperasi Ukhwah
• Yayasan Ihsan Rakyat
• Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis
• Koperasi Putri Terbilang (KOPUTRI)
• Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA)

Apakah perbezaan antara pinjaman koperasi dan pinjaman bank komersial?

1. Tempoh: Tempoh Pinjaman Koperasi lazimnya sehingga 10 tahun. Kebanyakan Pinjaman Bank Komersial menawarkan tempoh 5-7 tahun.

2. Kriteria Kredit: Kriteria kelulusan Pinjaman Koperasi adalah lebih mudah berbanding Pinjaman Bank disebabkan oleh kaedah bayaran balik menerusi potongan gaji. Peminjam yang ada rekod CCRIS/CTOS negatif, komitmen tinggi atau disenaraikan di bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA) masih ada peluang untuk dapatkan kelulusan Pinjaman Koperasi. Kriteria kelulusan untuk Pinjaman Bank Komersial adalah lebih ketat. Peminjam yang ada rekod CCRIS atau CTOS yang kurang baik (bayaran pinjaman lewat melebihi 3 bulan), komitmen tinggi, atau disenaraikan bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA); kadar kelulusan pinjaman adalah lebih rendah, sekiranya lulus mungkin dengan amaun pinjaman yang lebih rendah atau kadar faedah yang lebih tinggi.

3. Kaedah Bayaran Balik: Bayaran Pinjaman Koperasi dilakukan potongan gaji peminjam oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara. Bayaran balik Pinjaman Bank Komersial lazimnya dilakukan melalui autodebit atau bayaran ansuran ‘bank-in’ secara manual. Terdapat juga situasi di mana bank komersial menawarkan pilihan potongan gaji.

4. Kadar Faedah & Jumlah Bersih Bayaran Keluar (Payout): Kadar faedah Pinjaman Koperasi biasanya lebih rendah. Biasanya Pinjaman Koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Kebanyakan payout Pinjaman Koperasi adalah antara lingkungan 70%–98%. Kadar faedah Pinjaman Bank Komersial biasanya lebih rendah berbanding Pinjaman Koperasi. Biasanya, payout dalam linkungan 70%–90% mengikuti bank tersebut.

5. Jenis Pemohon: Pinjaman Koperasi dikhaskan untuk penjawat awam. Permohonan Pinjaman Bank terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam.

Mengapa guna pinjaman koperasi?

• Alternatif untuk permohonan pinjaman bank komersial yang tidak diluluskan. Proses kelulusan Pinjaman Koperasi adalah lebih fleksibel. Kebanyakan koperasi menerima permohonan peminjam yang tiada rekod kredit atau ada rekod CCRIS/CTOS negatif (contoh ada senarai Akaun Perhatian Khas (SAA) atau melebihi 3 bulan bayaran lewat) dan juga komitmen kewangan tinggi. Tetapi, Pinjaman Koperasi hanya akan diluluskan jika jumlah potongan di slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar peminjam.

• Selesaikan bayaran tertunggak & padamkan rekod negatif CCRIS/CTOS.  Rekod bayar balik pinjaman yang tidak konsisten (termasuk juga pinjaman di mana anda selaku sebagai penjamin) akan mengakibatkan rekod kredit negatif. Jika ini berlaku, kemungkinan besar pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman rumah, kereta atau permohonan kad kredit anda. Mohon Pinjaman Koperasi untuk selesaikan hutang yang tertunggak dan padam rekod negatif CCRIS/CTOS anda.

• Selesaikan hutang yang mahal dengan kadar faedah rendah pinjaman koperasi. Walaupun anda ada sejarah kredit yang baik, Pinjaman Koperasi mungkin bermanfaat bantu kurangkan beban kewangan anda. Jika anda ada baki kad kredit yang berfaedah 15–18% atau pinjaman peribadi dengan faedah tinggi, anda boleh gunakan Pinjaman Koperasi yang kadar faedahnya lebih rendah sebagai penyatuan hutang dan bayar balik hutang yang tinggi ini.

Alami pinjaman bank & koperasi yang lebih baik sekarang

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Rebat tunai hanya diberikan oleh Direct Lending setelah mendapat kelulusan dan pembayaran pembiayaan. Kadar keuntungan pembiayaan bermula dari minimum 2.69% p.a. (kadar rata) sehingga maksimum 9.99% p.a. (kadar rata). Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 1 tahun sehingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 2.99% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM12,990

** Untuk pinjaman RCE Yayasan. Tempoh 2 hari bekerja dikira bermula dari titik masa RCE menerima kesemua dokumen yang relevan daripada anda sehingga titik masa ketika wang pinjaman dimasukkan ke dalam akaun anda. Tempoh 2 hari bekerja hanya suatu jangkaan dan TIDAK dijamin, jika semua syarat berikut di penuhi: Semua dokumen yang dihantar adalah lengkap dan memenuhi syarat, tanpa keperluan dokumen tambahan atau susulan berikutan penyerahan pertama; RCE mesti berjaya menghubungi anda dan majikan anda untuk pengesahan yang diperlukan dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan dokumen lengkap anda dan pengesahan tersebut mestilah berjaya; dan Akaun bank yang diberikan untuk pendepositan wang pinjaman haruslah akaun bank Maybank. Dalam semua keadaan yang lain, ia akan mengambil masa lebih daripada 2 hari bekerja.
1/1